Friday, July 6, 2018

Hi blog

Assalamualaikum

selepas 2 tahun tiba tiba teringat pasal blog semenjak 2010. zaman baru nak up. hihi. time tu tak macam sekarang, student masih lagi berkecimpung dengan dunia blogging. balik kelas buka blog, malam tido lewat sebab blog. haishh. besoknya pergi kelas liat nak bangun sebab mengantukss.

tak sangka aku ingat lagi password blog ni setelah 2 tahun tinggalkannya (padahal kau buat forgot password kan .__. )

dulu dulu aku pernah berangan kengkonon suatu hari nanti aku nak date dengan bakal suami aku bawak jalan2 pergi melaka. aku pon tak pahamla kenapalah melaka.. takde tempat lagi best ke nak berangan pon. haha. hambar sangat. ye la aku kenal dunia luar pon awal awal kat melaka. tempat belajar kat uitm lendu sana tu. kenangan yang sangatla menghiburkan kalau nak ingat balik. rindunyaa.

nak dijadikan cerita, aku pon telah menjejakkan kaki ke sana minggu lepas bersama jeng jeng jeng. bersama tunangku. hahaha macam geli pulak sebut perkataan tunang sebab tak sangka diri dah menjadi tunangan orang. kakaka (sis menyampah nak romantik romantik ni). tunang aku dok whatsapp panggil aku "cik tunang" pon aku rasa lain macam..gelak tak sudah aku dibuatnya sampai dia dah giveup nak panggil mcmtu.. wakaka bertabahla.

sambung semula cerita tadi..ya aku dah menjejakkan kaki bersama en tunang ke melaka bandaraya bersejarah. tu kire nak release tension kononnya sebab jumaat closing stress dia Tuhan saja yang tahu. so hari ahad macam nak meraikan kejayaan melepasi closing kali kedua, mehla tunaikan impianku *padahal dah sampai melaka baru ingat pasal impian mak nenek aku*. sempatla pusing pusing jalan kaki kat bangunan merah sampai sakit kaki. dia asyik ajak aku jogging je haaa sekarang rasakan jogging terbaik punya aku bagi. kakaka. nasibla kitorang duk seremban je. melaka dgn seremban tak jauh mana pon..aku balik kampung lagi jauh. so balik hari je.

tu je nak cakap. hahahaha. ok. lagi beberapa bulan dah nak bertukar status. dari aku cari tutorial peta kad kawen sampaila teringat kat blog dan terupdate blog.lepastu biarkanla kad kawen tu tak siap siap. hahaha. Kbye.

bawah ni antara gambar yang aku tak pernah tunjuk kat mana mana lagi. nampak sangat kau edit guna B612 kannnn. ahaha. harap semuanya berjalan dengan lancar. Ameen..








Saturday, June 18, 2016

penat

Assalamualaikum

Sangat-sangat penat sebenarnya. semoga Allah tu memberi kekuatan yang jitu pada diri ini. before ni dengar gembar gembur orang je yang thesis final year akan buatkan diri bagai nak gila.*belum gila lagi*.

sekarang dah rasa.aku ni pulak bukan jenis yang genius senang nak paham bende bende simple.kene buat penelitian dulu baru boleh paham.lain orang lain kepala otak orang kata.

sebenarnya rindu dengan semua orang kat tempat praktikal.dari January sampai May hari hari pandang muka yang sama sampai nak muntah.hehe.tiba-tiba dah takde.terasa jugak kehilangan tu sebenarnya.aku ni pulak bukan jenis yang akan menunjukkan perasaan.dalam hati rindu tapi muka dan perbuatan tu macam buat buat tak tahu je. 

ade dapat offer sambung terus keje.tapi aku tolak dan sekarang menyesal tak sudah padan muka.tapi aku masa tu fikir satu je.kegilaan apa yang akan aku hadapi untuk ulang alik dari negeri sembilan ke puncak alam.thesisi nak kene settle.nak mintak cti bukannya senang.aku rasa tak mampu sebab takut nanti kalau penat sangat semua orang jadi makanan aku.hehe.takut diri sendiri tak boleh sabarkan diri sendiri.iolss garang tau kalau tengah penat penat sangat.nampak je macam lembut.hehee.

nak menyesal pon takda faedah.fikir satu je,tu bukan rezeki aku.mungkin ada sesuatu yang Allah rancang untuk diri ini.



Salam Ramadhan Al-Mubarak