Sunday, November 17, 2013

novel AdamHawa2

Assalamualaikum

okayy here we go ! sebenarnya aku sedaya upaya untuk mentelaah novel sambungan Adam hawa. dekatnya cinta (Adam Hawa 2). wah orang menelaah buku kan. aku menelaah novel.ni la syurganya hidup sebagai Ain.haha. next year mungkin aku akan rasa keperitannya sebab tanggungjawab akan bertambah.mungkin ok.mungkin. just wait and see ! entah-entah nak duduk seminit pon aku tak sempat.tapi tu cerita next year.tak yah fikir lagi.buat bersarang kepala otak je. (tolongla jgn fikir yg ku nk kawen tahun depan.bukan ! )

sebenarnya aku nak cerita apa tadi ni? haaa tentang novel Adam Hawa 2. novel tu best. bila aku baca novel tu aku dapat rasakan satu perasaan bahagia. aisya sofea sangat pandai menggarap ayat .aku rasa betul menggarap. almaklumlah dah lama tinggal bahasa melayu skema. tak perlu buat karangan bahasa melayu la katekan.heee.

Penulis sangat pandai membuatkan pembaca merasai kebahagiaan watak yang ditonjolkan. bila aku baca memang rasa bahagia je.mungkin sebab nama heroin tu sama nama aku (kali ke-1 berkata begini), tu yang feeling tersangat lebih tu.hehe. so sweet sangat adam hawa 2. malasla nak share gambar, ce google sendiri.jangan malas-malas okay.aku malas takpe.hehe. confirm tak rugi kalau beli.

oh before aku terlupa, novel tu ada dua jenis.satu berkulit tebal dan satu berkulit nipis. isi di dalamnya semua sama.cuma kulit buku berbeza.yang tebal tu mahal lagilah sebab apa? opkos la sbb kulitnya tebal.susah untuk rosak mungkin.yang tebal tu dalam 30 lebih.dan yang nipis tu dalam 20 lebih.aku hampir sahaja terbeli yang berkulit tebal tu, nasib pak cik kedai tu baik hati,explain kat aku pasal benda ni.ye la mane kita nak perasan ada kulit tebal kulit nipis(lagipun aku telebih sangat excited sebab nama heroin sama dengan nama aku.AIN (kali ke-2).haha ! ).patutla harga 30 lebih terkejut jugak aku time kat kaunter.kemain novel 30 lebih.tp aku fikir munasabah kot sebab novel adam Hawa ni hotstuff.demand tinggi.tu yang jadi macamtu.lagipun harga gula pon dah naik sekarang.haha.noob sangat diri ini -.-

p/s : dah dua kotak koleksi novel melayu kat rumah tu.40 percent darinya mempunyai nama heroin yang sama dengan nama ku.Ain.(kali ke-3) wkwkwk. tapi tak ada satu pon yang pernah diadaptasi menjadi drama di televisyen-.-



No comments: