Saturday, March 29, 2014

fikiran +ve dan -ve




Assalamualaikum :)

semenjak dua menjak ni aku rasa diri aku ni jahat.tapi takdela jahat sampai rompak bank,bunuh orang, bukan tu -.- .dapat rasa Ain yang dulu lebih baik dari ni.dulu aku ni tak suka berprasangka buruk kepada orang lain, selalu fikir semua positif.sampai kadang-kadang orang buat jahat dengan aku pon aku boleh senyum lagi.ikhlas dalam buat semua perkara.dah macam masuk bakul angkat sendiri pulak.hahaha.wekkkkk.xd.

kawan aku selalu cakap."kau baik sangat tolong jangan cakap kau jahat". yang cakap tu pon bestfriend sendiri.yang dah lama kenal dengan aku.ni mungkin dulu bolehla.tapi sekarang aku rasa aku mesti akan fikir negetif dulu sesuatu perkara tu sebelum berfikir positifnya.perkara macamni yang buatkan aku sendiri pon rimas dengan fikiran negetif sendiri. fikiran aku lebih banyak 'kalau' di depannya. "kalau jatuh macammane" "kalau macamtu macammane". semakkan kepala otak semua ni.dari confident terus jadi tak confident.pahe dok apa yang aku cuba sampaikan? tak paham takpe. yang penting aku paham.dah biasa dah syok sendiri. wahahaha.

disebabkan dulu dulu dan dulu tu yang aku memang akan fikir positif sesuatu perkara aku selalu je kena tipu. kadang-kadang orang tu beriye menipu.tapi aku boleh dok rilex aje.fikir positif kan.haaaa.terlalu jauh sangat fikir perkara baik sampai perkara negetif tu wujud di dunia ni pon aku dah lupa kot.noob sangat aku ni dulu.


tapi sekarang jangan main-main ye.sebelum enkorang bukak mulut nak tipu aku, aku tumbok ko dulu. hehe. garang tak.

sebenarnya kena pandai seimbangkan fikiran positif dan negetif tu.susah hidup kalau asyik nak fikir negetif semua perkara.ye la bayangkan kalau orang tu nak ambil penyedut minuman atau bahasa banjar panggil straw, tapi kita bayang dia nak ambik parang tetak leher kita (negetif sangat tu.haha).dah jadi tak aman hidup sendiri.berpeluh-pelu memikirkan perkara negetif sentiasa.

so, sekarang aku kene pandai control fikiran negetif dan positif diri sendiri. kalau tak susah hidup ni -.-


Thursday, March 13, 2014

confident level

Assalamualaikum. hye 2014 ! wah masih berblog lagi kite.aku suka tengok orang pakai selendang. nampak ayu jelita comel dan seangkatan dengannya. bagi aku gadis  yang pakai selendang ini sangatlahgojes, maju 2 langkah kehadapan, wah macam-macam pujian yang aku bagi kan. silalah bangga.

apa yang penting mereka yang memakai selendang ini mempunyai self- confident yang tinggi. nampak sangat self confident aku rendah sebab aku tak pakai selendang semua ni.rimas satuhal.mula-mula elokla lama-lama muka jadi belacan.lagi-lagi kalau kelas dari 8.30 pagi sampai 6.00 petang. mungkin terus berubah menjadi cencalok.hehe. tu aku.bukan nak kata orang lain. semua dituju kepada diri sendiri.lagi satu aku ni bukan boleh tengok tudung kelepek sikit pon dah tak ada mood satu hari.menggedik sangat.tu tudung bawal.kalau selendang tu lagilah haru dibuatnya.

ada satu hari aku pergi keluar bersama sahabat handai.masa tu diploma di melaka mungkin.sebab terlambat siap kami tertinggal bas.masa ni mungkin semester 1 atau 2 tak berapa nak ingat sangat.ye la time ni pegi mana-mana naik bas.alkisahnya tertinggal bas dan terpaksa naik teksi. teksi pulak dengan tingkap tak boleh tutup.so terbuka luas. dahla pak cik tu bawak laju. dapat bayangkan tak bagaimana rupa aku time tu yang duduk di tepi tingkap.hahaha. dengan angin yang kuat meniup tudung dari elok cantik terletak terus kelepet sana sini.musnah dan hancur tudung aku time tu. dahnye tertinggal bas semata mengerjakan tudung sampai elok terletak dan tak kelepet.last2 berakhir dengan begitu. -.-

kesimpulannya, untuk menaikkan confident level diri sendiri, iolss kenelah pakai selendang pergi kelas dan kemana sahaja.ewah macam mimpi la jawabnya kalau aku pakai selendang pergi kelas dan kemena sahaja.