Sunday, November 24, 2013

baby boom

Assalamualaikum :)

haiiii . ramai blogger yang telah menjadi ibu .suka betul aku tengok baby2 mereka. comel.nak menjaga baby memang susah.tak dinafikan lagi.time tidur mereka (baby2) ni lain.kita sedang tidur 2 atau 3 pagi mereka berjaga.semasa kita berjaga mereka tidur.aku ade juga pengalaman menjaga baby ni.my cousin anak lelaki kepada my auntie.aku ingat lagi aku tolong jaga mak cik aku tu dalam pantang sebab masa tu nenek ada di makkah menunaikan haji.nak dijadikan cerita masa tu pulak cuti semester 2 bulan.dari tak buat apa baik bantu my auntie(sekejap auntie,sekejap mak cik.layankan aje).ada jugak pengalaman jaga baby yang baru lahir.kalau nak dicerita kembali memang sangat kelakar.ye la aku ni mana nak tau jaga baby,time tu memasak pon Iolss tak reti tau.goreng telur bolehla.(kan dah kantoi) tapi takkan hari2 nak goreng telur.tak pasal2 jadi muka telor.

tetpi kalau benda dah desprate ape pon boleh.aku main bantai je masak.mak cik aku dok guide masuk apa lepasni, pastu campak apa.masuk itu ini.dengan menggunakan kuasa bantai lantak ko la jadi apa. aku pon berjaya menyediakan beberapa hidangan.ada satu masakan tu cousin aku yang makan dok puji sedap lepastu dia suruh aku masak hidangan yang sama,berbekalkan kebanggaan yang melimpah ruah,(siap upload kat fb lagi.buat malu je) hidangan yang ke dua tu rasanya tidak setanding hidangan yang pertama,padahal bahan2,cara2 semua sama.tu le den dah kabo jangan nak bangga.kan dah tak sodap.hahaha.

aku tak berani lagi dukung baby tu semasa umur seminggu,sebulan,badan dia lembut lagi, aku ni pulak jenis kasar tak hengat,tak pasal2 daniel terlipat sana sini.hihi.tapi muka den la yang dok teman daniel bila dia terjaga pukul 3, 4 pagi.darah muda memang dah biasa tidur lambat.ewahhh.

sekarang daniel sudah berumur 2 tahun.dah beso dah.dah pandai berjalan,dah pandai bawak motor laju-laju tapi motor mainan kuning dia tu la.dah pandai memanjat sana sini.dah pandai dok silang kaki sambil baring tengok timmy time bersama botol susunya.keletah dia semakin mencuit hati sekarang.

konklusinya,sangat susah nak jaga baby.hargailah kedua ibu bapa kita sebelum terlambat.Terima kasih mak abah sebab jaga Ain selama ni.Ain ni pulak jenis yang nakal dan banyak hal dan paling susah nak dijaga masa kecik-kecik dulu (mengikut penceritaan atok).Jasamu akan kukenang sampai bila-bila.Love You all mama, abah. 

p/s: kursus pagi tadi buatkan otak aku kering.dari pagi sampai ke petang.patut sediakan sofa lembut yang boleh dijadikan katil,selesa banyak.takdelah sakit tulang belakang aku.haha.demand kemain.sudahla penceramah dok speaking nogori.ko hengat den paham?den rakyat selangor sejati tau.kecek nogori pon dok murtad ni haaaa.dah sudah bahasa bercampur aduk. -.- dah nama pon ambk kursus kat jelebu.tu la makannya.memang nogori simlan pokat kemain aku dapaat.haha.


No comments: