Sunday, July 28, 2013

tanya diri dahulu

Assalamualaikum.

selamat berpuasa semua. hari keberapa kamu telah berpuasa? 10 malam terakhir ini sangat penting ye kawan-kawan.marilah kita melipat gandakan amalam di bulan Ramadhan kita. kita tidak tahu apa yang akan terjadi Ramadhan akan datang. mungkinkah kita masih sempat menjengah Ramadhan akan datang atau sebaliknya?

tapi aku pun ada jugak ponteng tarawih.malas dia tu kemain bermaharajalela lagi.ya Allah Ain.ok.topik kita untuk hari ini adalah.. apa ye. hmm ini berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling ku sekarang.pernah tak rasa kita hanya dipergunakan oleh orang lain.maksud aku apabila orang lain rasa ada sesuatu yang perlukan pertolongan kita mereka akan mencari kita.tetapi apabila sesuatu itu telah selesai dia terus 'buang' kita. macam kasar sangat kosakata 'buang' tu kan.

aku pasti semua orang pasti pernah berada dalam situasi ini.ataupun tanpa disedari mereka juga pernah menjadi seseorang yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. yang menjadi mangsa pastilah sangat sedih.ye la ko digunakan untuk kepentingan mereka.pastu diorang campak ko macamtu je. takkan ko tak rasa sedih kan.aku ada seorang kawan macamni.yang menjadi mangsa dipergunakan oleh rakannya.hello bukan aku ye rakannya itu.aku baik tau.hehehe (masuk bakul angkat sendiri).

dia datang mengadu masaalah kat aku.aku pon cuba menjadi pendengar yang terbaik.dan akan bagi respon seperti nasihat atau apa-apa yang patut.macam diri sendiri ok je nak bagi nasihat dekat orang lain kan.haha.takdelah tapi sekurang-kurangnya bila kita ada respon takdelah dia sedih sangat.

dan dari pengamatan aku, kita sebagai manusia ni memang akan selalu bertanya "apa yang dia boleh buat untuk aku" "aku dah buat macam-macam untuk dia tapi ini ke balasannya?ini yang dia buat untuk aku?"

nampak kan apa silapnya.kita selalu bertanya apa yang orang lain boleh buat untuk kita tetapi kita lupa pada soalan "apa yang kita boleh buat untuk orang lain?". jangan asyik nak persalahkan orang terhadap sesuatu yang berlaku.kita kena tengok diri sendiri dahulu.muhasabah diri.

aku cakap macamnilah kat dia.tapi dia macam tak boleh nak terima bahawa diri dia juga ada salahnya.emm kalau dah macamtu aku pon naik geram.tapi sabar Ain.manusia ni banyak ragam.jangan ingat diri kita sahaja betul dari A hingga Z. dia minta nasihat aku cuba nasihat tapi kalau masih tak boleh terima takpe. 

p/s : minggu hadapan dah nak raya. tapi di akhir ramadhan ni jangan tinggal terawih tau.
p/s: aku ni masih tercari-cari lagi baju untuk kenduri kawin kakak erma awal Oktober ni.wuhai tension pulak.kalau tak ikut tema boleh kan.bantai je la baju apa yang ada kat wardrobe tu.kita kan tetap family gitu walaupun tak ikut tema. hihi.


No comments: