Friday, July 6, 2018

Hi blog

Assalamualaikum

selepas 2 tahun tiba tiba teringat pasal blog semenjak 2010. zaman baru nak up. hihi. time tu tak macam sekarang, student masih lagi berkecimpung dengan dunia blogging. balik kelas buka blog, malam tido lewat sebab blog. haishh. besoknya pergi kelas liat nak bangun sebab mengantukss.

tak sangka aku ingat lagi password blog ni setelah 2 tahun tinggalkannya (padahal kau buat forgot password kan .__. )

dulu dulu aku pernah berangan kengkonon suatu hari nanti aku nak date dengan bakal suami aku bawak jalan2 pergi melaka. aku pon tak pahamla kenapalah melaka.. takde tempat lagi best ke nak berangan pon. haha. hambar sangat. ye la aku kenal dunia luar pon awal awal kat melaka. tempat belajar kat uitm lendu sana tu. kenangan yang sangatla menghiburkan kalau nak ingat balik. rindunyaa.

nak dijadikan cerita, aku pon telah menjejakkan kaki ke sana minggu lepas bersama jeng jeng jeng. bersama tunangku. hahaha macam geli pulak sebut perkataan tunang sebab tak sangka diri dah menjadi tunangan orang. kakaka (sis menyampah nak romantik romantik ni). tunang aku dok whatsapp panggil aku "cik tunang" pon aku rasa lain macam..gelak tak sudah aku dibuatnya sampai dia dah giveup nak panggil mcmtu.. wakaka bertabahla.

sambung semula cerita tadi..ya aku dah menjejakkan kaki bersama en tunang ke melaka bandaraya bersejarah. tu kire nak release tension kononnya sebab jumaat closing stress dia Tuhan saja yang tahu. so hari ahad macam nak meraikan kejayaan melepasi closing kali kedua, mehla tunaikan impianku *padahal dah sampai melaka baru ingat pasal impian mak nenek aku*. sempatla pusing pusing jalan kaki kat bangunan merah sampai sakit kaki. dia asyik ajak aku jogging je haaa sekarang rasakan jogging terbaik punya aku bagi. kakaka. nasibla kitorang duk seremban je. melaka dgn seremban tak jauh mana pon..aku balik kampung lagi jauh. so balik hari je.

tu je nak cakap. hahahaha. ok. lagi beberapa bulan dah nak bertukar status. dari aku cari tutorial peta kad kawen sampaila teringat kat blog dan terupdate blog.lepastu biarkanla kad kawen tu tak siap siap. hahaha. Kbye.

bawah ni antara gambar yang aku tak pernah tunjuk kat mana mana lagi. nampak sangat kau edit guna B612 kannnn. ahaha. harap semuanya berjalan dengan lancar. Ameen..








Saturday, June 18, 2016

penat

Assalamualaikum

Sangat-sangat penat sebenarnya. semoga Allah tu memberi kekuatan yang jitu pada diri ini. before ni dengar gembar gembur orang je yang thesis final year akan buatkan diri bagai nak gila.*belum gila lagi*.

sekarang dah rasa.aku ni pulak bukan jenis yang genius senang nak paham bende bende simple.kene buat penelitian dulu baru boleh paham.lain orang lain kepala otak orang kata.

sebenarnya rindu dengan semua orang kat tempat praktikal.dari January sampai May hari hari pandang muka yang sama sampai nak muntah.hehe.tiba-tiba dah takde.terasa jugak kehilangan tu sebenarnya.aku ni pulak bukan jenis yang akan menunjukkan perasaan.dalam hati rindu tapi muka dan perbuatan tu macam buat buat tak tahu je. 

ade dapat offer sambung terus keje.tapi aku tolak dan sekarang menyesal tak sudah padan muka.tapi aku masa tu fikir satu je.kegilaan apa yang akan aku hadapi untuk ulang alik dari negeri sembilan ke puncak alam.thesisi nak kene settle.nak mintak cti bukannya senang.aku rasa tak mampu sebab takut nanti kalau penat sangat semua orang jadi makanan aku.hehe.takut diri sendiri tak boleh sabarkan diri sendiri.iolss garang tau kalau tengah penat penat sangat.nampak je macam lembut.hehee.

nak menyesal pon takda faedah.fikir satu je,tu bukan rezeki aku.mungkin ada sesuatu yang Allah rancang untuk diri ini.



Salam Ramadhan Al-Mubarak

Saturday, March 29, 2014

fikiran +ve dan -ve




Assalamualaikum :)

semenjak dua menjak ni aku rasa diri aku ni jahat.tapi takdela jahat sampai rompak bank,bunuh orang, bukan tu -.- .dapat rasa Ain yang dulu lebih baik dari ni.dulu aku ni tak suka berprasangka buruk kepada orang lain, selalu fikir semua positif.sampai kadang-kadang orang buat jahat dengan aku pon aku boleh senyum lagi.ikhlas dalam buat semua perkara.dah macam masuk bakul angkat sendiri pulak.hahaha.wekkkkk.xd.

kawan aku selalu cakap."kau baik sangat tolong jangan cakap kau jahat". yang cakap tu pon bestfriend sendiri.yang dah lama kenal dengan aku.ni mungkin dulu bolehla.tapi sekarang aku rasa aku mesti akan fikir negetif dulu sesuatu perkara tu sebelum berfikir positifnya.perkara macamni yang buatkan aku sendiri pon rimas dengan fikiran negetif sendiri. fikiran aku lebih banyak 'kalau' di depannya. "kalau jatuh macammane" "kalau macamtu macammane". semakkan kepala otak semua ni.dari confident terus jadi tak confident.pahe dok apa yang aku cuba sampaikan? tak paham takpe. yang penting aku paham.dah biasa dah syok sendiri. wahahaha.

disebabkan dulu dulu dan dulu tu yang aku memang akan fikir positif sesuatu perkara aku selalu je kena tipu. kadang-kadang orang tu beriye menipu.tapi aku boleh dok rilex aje.fikir positif kan.haaaa.terlalu jauh sangat fikir perkara baik sampai perkara negetif tu wujud di dunia ni pon aku dah lupa kot.noob sangat aku ni dulu.


tapi sekarang jangan main-main ye.sebelum enkorang bukak mulut nak tipu aku, aku tumbok ko dulu. hehe. garang tak.

sebenarnya kena pandai seimbangkan fikiran positif dan negetif tu.susah hidup kalau asyik nak fikir negetif semua perkara.ye la bayangkan kalau orang tu nak ambil penyedut minuman atau bahasa banjar panggil straw, tapi kita bayang dia nak ambik parang tetak leher kita (negetif sangat tu.haha).dah jadi tak aman hidup sendiri.berpeluh-pelu memikirkan perkara negetif sentiasa.

so, sekarang aku kene pandai control fikiran negetif dan positif diri sendiri. kalau tak susah hidup ni -.-


Thursday, March 13, 2014

confident level

Assalamualaikum. hye 2014 ! wah masih berblog lagi kite.aku suka tengok orang pakai selendang. nampak ayu jelita comel dan seangkatan dengannya. bagi aku gadis  yang pakai selendang ini sangatlahgojes, maju 2 langkah kehadapan, wah macam-macam pujian yang aku bagi kan. silalah bangga.

apa yang penting mereka yang memakai selendang ini mempunyai self- confident yang tinggi. nampak sangat self confident aku rendah sebab aku tak pakai selendang semua ni.rimas satuhal.mula-mula elokla lama-lama muka jadi belacan.lagi-lagi kalau kelas dari 8.30 pagi sampai 6.00 petang. mungkin terus berubah menjadi cencalok.hehe. tu aku.bukan nak kata orang lain. semua dituju kepada diri sendiri.lagi satu aku ni bukan boleh tengok tudung kelepek sikit pon dah tak ada mood satu hari.menggedik sangat.tu tudung bawal.kalau selendang tu lagilah haru dibuatnya.

ada satu hari aku pergi keluar bersama sahabat handai.masa tu diploma di melaka mungkin.sebab terlambat siap kami tertinggal bas.masa ni mungkin semester 1 atau 2 tak berapa nak ingat sangat.ye la time ni pegi mana-mana naik bas.alkisahnya tertinggal bas dan terpaksa naik teksi. teksi pulak dengan tingkap tak boleh tutup.so terbuka luas. dahla pak cik tu bawak laju. dapat bayangkan tak bagaimana rupa aku time tu yang duduk di tepi tingkap.hahaha. dengan angin yang kuat meniup tudung dari elok cantik terletak terus kelepet sana sini.musnah dan hancur tudung aku time tu. dahnye tertinggal bas semata mengerjakan tudung sampai elok terletak dan tak kelepet.last2 berakhir dengan begitu. -.-

kesimpulannya, untuk menaikkan confident level diri sendiri, iolss kenelah pakai selendang pergi kelas dan kemana sahaja.ewah macam mimpi la jawabnya kalau aku pakai selendang pergi kelas dan kemena sahaja.

Saturday, November 30, 2013

nebes

Assalamualaikum :)

wah macam dah lama tak membebel di sini ye. perasaan nebes sangat menghantui diri aku sekarang. hari pertama bekerja. macam-macam expectation yang aku sedang fikirkan.luaran aku macam relax dan tenang setenang air di tasik yang tidak ber 'ikan'. tapi dalam hati siapa je yang tahu.hanya aku dan Allah sahaja yang tahu ke'nebesan' nya tu. sebenarnya tak sangka aku akan menghadapi saat-saat hari pertama bekerja ni.ia terjadi bagaikan tidak dijangka langsung.benda ni aku rasa dah mampu buatkan  kepala aku berpusing 360 darjah.makkk tolongggg Ain.

apa yang penting sekarang aku hanya nak fikir positif sahaja.positive sahaja Ain.I can do it ! apa yang penting kene stay cun untuk first impression.hihi.sebenarnya sekarang aku tengah sakit kepala dok fikir heels yang ditintinggalkan kat rumah tu.menyesal sungguh tak bawak.macam yang aku ckp tadi,benda ni terjadi di luar jangkaan aku.sooooo takkan nak pkai selipar pergi keje oi.dengan baju kurungnya hanya ada sehelai je dengan ku sekarang.terlebih glamor pulak tu.haha.padan mukaku.siang besok baru boleh fikir.sekarang kene tido.besok exam pra -L . wish me luck supaya dapat modul yang senang kacang buncis. KEJARA tolong pergi jauh dari aku yee. plisss.

xoxo.Ain.

Sunday, November 24, 2013

baby boom

Assalamualaikum :)

haiiii . ramai blogger yang telah menjadi ibu .suka betul aku tengok baby2 mereka. comel.nak menjaga baby memang susah.tak dinafikan lagi.time tidur mereka (baby2) ni lain.kita sedang tidur 2 atau 3 pagi mereka berjaga.semasa kita berjaga mereka tidur.aku ade juga pengalaman menjaga baby ni.my cousin anak lelaki kepada my auntie.aku ingat lagi aku tolong jaga mak cik aku tu dalam pantang sebab masa tu nenek ada di makkah menunaikan haji.nak dijadikan cerita masa tu pulak cuti semester 2 bulan.dari tak buat apa baik bantu my auntie(sekejap auntie,sekejap mak cik.layankan aje).ada jugak pengalaman jaga baby yang baru lahir.kalau nak dicerita kembali memang sangat kelakar.ye la aku ni mana nak tau jaga baby,time tu memasak pon Iolss tak reti tau.goreng telur bolehla.(kan dah kantoi) tapi takkan hari2 nak goreng telur.tak pasal2 jadi muka telor.

tetpi kalau benda dah desprate ape pon boleh.aku main bantai je masak.mak cik aku dok guide masuk apa lepasni, pastu campak apa.masuk itu ini.dengan menggunakan kuasa bantai lantak ko la jadi apa. aku pon berjaya menyediakan beberapa hidangan.ada satu masakan tu cousin aku yang makan dok puji sedap lepastu dia suruh aku masak hidangan yang sama,berbekalkan kebanggaan yang melimpah ruah,(siap upload kat fb lagi.buat malu je) hidangan yang ke dua tu rasanya tidak setanding hidangan yang pertama,padahal bahan2,cara2 semua sama.tu le den dah kabo jangan nak bangga.kan dah tak sodap.hahaha.

aku tak berani lagi dukung baby tu semasa umur seminggu,sebulan,badan dia lembut lagi, aku ni pulak jenis kasar tak hengat,tak pasal2 daniel terlipat sana sini.hihi.tapi muka den la yang dok teman daniel bila dia terjaga pukul 3, 4 pagi.darah muda memang dah biasa tidur lambat.ewahhh.

sekarang daniel sudah berumur 2 tahun.dah beso dah.dah pandai berjalan,dah pandai bawak motor laju-laju tapi motor mainan kuning dia tu la.dah pandai memanjat sana sini.dah pandai dok silang kaki sambil baring tengok timmy time bersama botol susunya.keletah dia semakin mencuit hati sekarang.

konklusinya,sangat susah nak jaga baby.hargailah kedua ibu bapa kita sebelum terlambat.Terima kasih mak abah sebab jaga Ain selama ni.Ain ni pulak jenis yang nakal dan banyak hal dan paling susah nak dijaga masa kecik-kecik dulu (mengikut penceritaan atok).Jasamu akan kukenang sampai bila-bila.Love You all mama, abah. 

p/s: kursus pagi tadi buatkan otak aku kering.dari pagi sampai ke petang.patut sediakan sofa lembut yang boleh dijadikan katil,selesa banyak.takdelah sakit tulang belakang aku.haha.demand kemain.sudahla penceramah dok speaking nogori.ko hengat den paham?den rakyat selangor sejati tau.kecek nogori pon dok murtad ni haaaa.dah sudah bahasa bercampur aduk. -.- dah nama pon ambk kursus kat jelebu.tu la makannya.memang nogori simlan pokat kemain aku dapaat.haha.


Thursday, November 21, 2013

kenapa?

Assalamualaikum :)

Bila orang tanya "Ain. awak bila nak ada calon ni" aku dah penat dengan soalan ni.yes memang umur aku dah 21 tahun.memang sepatutnya dah ada bayang seseorang yang istimewa dalam hidup.tapi beginilah hidup aku.orang otp dengan bf setiap malam tapi aku tidur.tak pon baca majalah, novel,paling kesian pon baca buku panduan jalanraya tu.next week kan nak exam -.- aku ni cepat rimas.aku tak suka hidup ni dikongkong.lagi-lagi kalau yang nak kongkong tu bukannya suami kita pon.sebab tu kalau ada yang nak minta no phone ke memang kalau boleh elak aku elak.bagi la alasan guna public phone ke.baru tukar no phone semalam.so memang lupa no phone.aku ni jenis malas nak melayan.malas nak charge phone pon satuhal.haha. phone tu dengan aku macam musuh ketat.cari phone pon kalau nak set alarm untuk bangun besok pagi je.kadang-kadang sampai mama sendiri pon bising,sebab bnyak kali call susah nak jawab.macam busy sangat anak dara sorang ni kan -.-

janganlah ingat aku ni tak ada hati dan perasaan pada yang berlainan jantina. aku masih gadis sejati yang normal.lepas perasaan sendiri tak dihargai aku rasa aku dah jadi fobia.sebab rasa kecewa tu sangat sakit.jadi tolong jangan tanya lagi kenapa aku jadi 'begini' 'begitu' . kalau cakap pasal lelaki je, aku akan"whadeeee".bukn anti tapi berhati-hati.bukan sombong.tapi lebih berhati-hati. 




Tuesday, November 19, 2013

bukan senang nak senang

Assalamualaikum :)

ye bukan senang nak senang.kalau aku fikir perkara ni membuatkan kepala  nak pecah.berkecai bagaikan kaca yang terhempas.pranggg (sound effect sikit). orang sekeliling memang suka mengata.sampai bila? sampai anda meniunggal dunia sekalipon tak semestinya orang akan berhenti berkata-kata.pandai menjaga tepi kain orang lain tetapi tepi kain sendiri yang dah koyak rabak tu tak sedar. typical malay people.

orang hanya pandai judge tanpa mengetahui keadaan sebenar sesuatu perkara. kalau difikirkan memang tidak adil. tapi ape orang lain penduli kan.

Sunday, November 17, 2013

novel AdamHawa2

Assalamualaikum

okayy here we go ! sebenarnya aku sedaya upaya untuk mentelaah novel sambungan Adam hawa. dekatnya cinta (Adam Hawa 2). wah orang menelaah buku kan. aku menelaah novel.ni la syurganya hidup sebagai Ain.haha. next year mungkin aku akan rasa keperitannya sebab tanggungjawab akan bertambah.mungkin ok.mungkin. just wait and see ! entah-entah nak duduk seminit pon aku tak sempat.tapi tu cerita next year.tak yah fikir lagi.buat bersarang kepala otak je. (tolongla jgn fikir yg ku nk kawen tahun depan.bukan ! )

sebenarnya aku nak cerita apa tadi ni? haaa tentang novel Adam Hawa 2. novel tu best. bila aku baca novel tu aku dapat rasakan satu perasaan bahagia. aisya sofea sangat pandai menggarap ayat .aku rasa betul menggarap. almaklumlah dah lama tinggal bahasa melayu skema. tak perlu buat karangan bahasa melayu la katekan.heee.

Penulis sangat pandai membuatkan pembaca merasai kebahagiaan watak yang ditonjolkan. bila aku baca memang rasa bahagia je.mungkin sebab nama heroin tu sama nama aku (kali ke-1 berkata begini), tu yang feeling tersangat lebih tu.hehe. so sweet sangat adam hawa 2. malasla nak share gambar, ce google sendiri.jangan malas-malas okay.aku malas takpe.hehe. confirm tak rugi kalau beli.

oh before aku terlupa, novel tu ada dua jenis.satu berkulit tebal dan satu berkulit nipis. isi di dalamnya semua sama.cuma kulit buku berbeza.yang tebal tu mahal lagilah sebab apa? opkos la sbb kulitnya tebal.susah untuk rosak mungkin.yang tebal tu dalam 30 lebih.dan yang nipis tu dalam 20 lebih.aku hampir sahaja terbeli yang berkulit tebal tu, nasib pak cik kedai tu baik hati,explain kat aku pasal benda ni.ye la mane kita nak perasan ada kulit tebal kulit nipis(lagipun aku telebih sangat excited sebab nama heroin sama dengan nama aku.AIN (kali ke-2).haha ! ).patutla harga 30 lebih terkejut jugak aku time kat kaunter.kemain novel 30 lebih.tp aku fikir munasabah kot sebab novel adam Hawa ni hotstuff.demand tinggi.tu yang jadi macamtu.lagipun harga gula pon dah naik sekarang.haha.noob sangat diri ini -.-

p/s : dah dua kotak koleksi novel melayu kat rumah tu.40 percent darinya mempunyai nama heroin yang sama dengan nama ku.Ain.(kali ke-3) wkwkwk. tapi tak ada satu pon yang pernah diadaptasi menjadi drama di televisyen-.-



Saturday, November 16, 2013

bergumbira dgn beg mekap baru lagi murah beb !

Assalamualaikum ;)

entry kedua untuk hari ini.yeayy dapat beg mekap baru.murah pulak tu. eksited mak dareee. hihi. sebenarnya adalah dalam 3 hari aku guna.iyeke 3 hari? emm dah seminggu kan.sekarang baru nak excited kann.sukahatilah.yang penting murah.5 ringgit sahaja.before ni aku jumpa sampai berbelas belas ringgit.padahal beg mekap kecik je pon.ade pulak sampai 20 lebih.tak munasabah sebenarnya.

apa yang paling penting ianya kecil tp boleh sumbat semua mekap harian ku di situ..mascara,eyeliner,blusher,eye shadow,compact powder,perfume,lipstick.di lain masa jikalau rajin akan ku perkenalkan produk cap ayam yang aku guna.ewahh.bosan sebenarnya, tu yg sampai barang mekap pon nak diperkenalkan.layankan je ye.heee.bukan ada orang baca pon blog syok sendiri ku ini.wkwwkwk.




Friday, November 15, 2013

mari amalkan

Assalamualaikum :)

Pernah tak  jumpa seseorang yang bila kita pandang kita akan rasa nak pandang lagi. macam tak puas pandang sekali.kadang-kadang pandang sepuluh kali pon rasa macam tak puas.nak pandang lagi lagi dan lagi. " cantiknya dia ni" . aku pernah tau jumpa orang macamni.muka manis, cantik sangat.dalam fikiran aku terus terlintas " cantiknya dia ni.suka tengok" . kemudian aku dapat tau mereka yang aku suka tengok ni amalkan perbuatan di bawah ini.

cuba amalkan apa yang aku share di bawah ni. 



InsyaAllah orang tak akan jemu pandang kita. 

Wednesday, November 13, 2013

bangun

Assalamualaikum

ish aku makin terlupa yang aku ni ada blog. sampai link blog sendiri pon boleh lupa.haiyaaa.nak cakap busy.bolehla.busy la jugak.tapi sebenarnya malas. kadang-kadang sign in blog pastu blank tak tau nak tulis apa.macam sekarang.aku dok mengarut je banyak japgi.

ramai dok tanya apa satatus diriku sekarang, ewah ramai..ko ingt ko retiss ramai nak tanye pasal ko Ain.haha.yg mane my friends yg rapat tu ade jugk inbox diri ini, lama tak dengar berita katanya. Ahamdulillah saya Nurain di sini sihat walafiat. aku mengaku aku sekarang memang dah jarang on9.kalau on fb pon scroll news feed, main game pet rescue saga je. dah tak de nk meroyan post gambr, update status mcm dulu2.eh terasa malu dgn diri dulu2.hari2 wajib update status fb. jadah semua tu.haha.

dalam 6 bulan ni terlalu banyak perkara yang melanda diri ini. sebenarnya aku tak pernah terfikir langsung akan jadi begini.yes tak pernah terlintas dalam fikiran ni langsung sebelum ni.apa bendanya? sokay.tak semua perkara kita kena cerita dekat semua orang kan.biarlah ia menjadi satu kenangan. kenangan yang mengajar aku erti bersyukur.erti redho.erti ikhlas.dan ia juga telah mengajar aku untuk menjadi gadis yang lebih kuat menempuh segala yang ada dihadapan. because of that, I have to be strong.kadang-kadang aku menangis juga.sebab aku rasa aku tak boleh nak menghadap perkara tu lagi.tp Alhamdulillah. Allah tahu ketahanan diri kita, sebab tu dia beri kita ujian ini.
" pengalaman hidup adalah guru paling baik untuk mendewasakan kita "

p/s: semoga arwah atok (nenek) sebelah abah tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.









Sunday, July 28, 2013

tanya diri dahulu

Assalamualaikum.

selamat berpuasa semua. hari keberapa kamu telah berpuasa? 10 malam terakhir ini sangat penting ye kawan-kawan.marilah kita melipat gandakan amalam di bulan Ramadhan kita. kita tidak tahu apa yang akan terjadi Ramadhan akan datang. mungkinkah kita masih sempat menjengah Ramadhan akan datang atau sebaliknya?

tapi aku pun ada jugak ponteng tarawih.malas dia tu kemain bermaharajalela lagi.ya Allah Ain.ok.topik kita untuk hari ini adalah.. apa ye. hmm ini berdasarkan apa yang berlaku di sekeliling ku sekarang.pernah tak rasa kita hanya dipergunakan oleh orang lain.maksud aku apabila orang lain rasa ada sesuatu yang perlukan pertolongan kita mereka akan mencari kita.tetapi apabila sesuatu itu telah selesai dia terus 'buang' kita. macam kasar sangat kosakata 'buang' tu kan.

aku pasti semua orang pasti pernah berada dalam situasi ini.ataupun tanpa disedari mereka juga pernah menjadi seseorang yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. yang menjadi mangsa pastilah sangat sedih.ye la ko digunakan untuk kepentingan mereka.pastu diorang campak ko macamtu je. takkan ko tak rasa sedih kan.aku ada seorang kawan macamni.yang menjadi mangsa dipergunakan oleh rakannya.hello bukan aku ye rakannya itu.aku baik tau.hehehe (masuk bakul angkat sendiri).

dia datang mengadu masaalah kat aku.aku pon cuba menjadi pendengar yang terbaik.dan akan bagi respon seperti nasihat atau apa-apa yang patut.macam diri sendiri ok je nak bagi nasihat dekat orang lain kan.haha.takdelah tapi sekurang-kurangnya bila kita ada respon takdelah dia sedih sangat.

dan dari pengamatan aku, kita sebagai manusia ni memang akan selalu bertanya "apa yang dia boleh buat untuk aku" "aku dah buat macam-macam untuk dia tapi ini ke balasannya?ini yang dia buat untuk aku?"

nampak kan apa silapnya.kita selalu bertanya apa yang orang lain boleh buat untuk kita tetapi kita lupa pada soalan "apa yang kita boleh buat untuk orang lain?". jangan asyik nak persalahkan orang terhadap sesuatu yang berlaku.kita kena tengok diri sendiri dahulu.muhasabah diri.

aku cakap macamnilah kat dia.tapi dia macam tak boleh nak terima bahawa diri dia juga ada salahnya.emm kalau dah macamtu aku pon naik geram.tapi sabar Ain.manusia ni banyak ragam.jangan ingat diri kita sahaja betul dari A hingga Z. dia minta nasihat aku cuba nasihat tapi kalau masih tak boleh terima takpe. 

p/s : minggu hadapan dah nak raya. tapi di akhir ramadhan ni jangan tinggal terawih tau.
p/s: aku ni masih tercari-cari lagi baju untuk kenduri kawin kakak erma awal Oktober ni.wuhai tension pulak.kalau tak ikut tema boleh kan.bantai je la baju apa yang ada kat wardrobe tu.kita kan tetap family gitu walaupun tak ikut tema. hihi.


Tuesday, July 16, 2013

stay strong Ain

Assalamualaikum :)

aku rasa sangat down. dugaan bertimpa-timpa datang.tapi  harus kuatkan hati.harus lalui semua ini dengan hati yang kuat. aku kat sini sorang sorang. Hati aku rapuh. aku tertanya sendiri mengapa semua ini terjadi dekat aku? Astaqfirullahhalazzim.tak elok berfikir begitu Ain.Awak kena tempuh.harus tempuh dengan kesabaran yang jitu.

di saat semua orang sedang bergembira aku di sini mengalami kesedihan yang melampau.banyak perkara berlaku ke atas diri ni yang  disimpan.tiada sesiapa pon tahu.aku memang tak suka tunjuk kesedihan depan orang.Selagi  boleh simpan aku akan simpan.

memang luaran nampak gembira.masih boleh tersenyum ketawa dan bergurau tetapi sebenarnya itu hanya lakonan untuk menutup kesedihan yang berlaku.aku rasa berdosa sangat sebab dulu aku tak boleh terima kenyataan ini.aku marah Tuhan yang tak pernah berhenti menguji diri ini.padahal diri ini ikut segala perintahNya.mereka yang tidak pernah melaksanakan perintah-Nya selalu mendapat kegembiraan.kesenangan tapi aku?aku rasa Tuhan itu tidak adil.

Jahilnya aku berfikir begitu.Astaqfirullahhalazzim. itu fikiran jahiliah.sekarang aku pasti yang Allah tu rupa-rupanya sangat sayangkan hambanya sebab itu diberi ujian kepada hambanya. Dia ingin melihat kekuatan iman hambanya itu.terima kasih Allah atas semua ini.aku pasti akan ada hikmah yang sangat manis selepas ini.keperitan ini pasti ada manisnya nanti.Aku pasti dengan janji Allah.

aku perlu hadapinya dengan penuh ketabahan.aku tak tahu apa yang akan terjadi besok.kalau kamu semua di tempat ku korang akan tahu apa perasaan diri ni.jangan pandang rendah pada orang lain.sebab kita tak sepanjang masa berada di atas.harus ingat semua itu.




Sunday, July 1, 2012

Jalan - jalan Cari makan #intro

 Assalamualaikum :)

hye u'ollss ..i'ollss sedang demam suam - suam. 


nantikan entry jalan-jalan cari makan di Melaka Bandaraya Bersejarah.
memang perut sangat bersejarah pada hari itu.
apalah yang saya merepek ni-..- 
tunggu apabila diberi hidayah dan bila rajin hendak menghupdate belog.
1 tahun , 2 tahun atau 3 tahun?
ikut mood.
okbye.


Sunday, June 10, 2012

#besok dah mula kuliah

Assalamualaikum :)

saya dah balik Melaka.dah sampai di kampus.dah sampai di rumah sewa.dah rasa patah patah tulang mengemas rumah tak sudah.besok kelas saya pukul 12.30 tengahhari.dah la nak makan dekat kedai makan yang selangkah dua depan rumah ni kedai makannya penuh.sangat menyedihkan tau.wuuuu.menggedik pulak kan. -..-

rumah sewa saya bersebelahan rumah Atika Basiran. siapakah dia Atikah Basiran?yeah dia kawan satu sekolah dengan saya semasa di tingkatan satu sehinggalah tingkatan lima.lama bukan ?haha.perluke aku mention bende ni semua-..- 

selepas saya pergi mendaftar non-resident dan daftar kursus untuk semester ini pada pagi tadi saya telah makan dan selepas itu saya telah mencampakkan diri sendiri tidur di atas katil yang agak nyaman.lama pula saya tidur ya.macam penat sangat.memasak beramai-ramai melawan kedai mamak belakang rumah.*padahal panaskan lauk je*.tlung tang tong tang dia bukan main lagi. belakang rumah saya kedai makan mamak.bolehla usshaa mamak buat ape kat dapur.masa dia basuh pinggan pun boleh suwit suwit.hye mamak!. haha. Aaron Aziz nak la aku suwit suwit.

petang tadi juga saya telah menyembang nyembang dengan si Atika Basiran.apa lagi aku nak cakap ni.haa kawan- kawan saya juga ada yang datang melawat malam tadi sehingga menyebabkan kami bercakap tak berenti.biasalah cuti dua bulan.makin banyak cerite.mandi pon entah ke mana.haha.punyerla aku nak peluk semua orang ingatkan aku sorang je tak bersiram lagi.rupenye mereka pon serupa tak bersiram lagi. ceyhh.

rasanya sudah cukup sudah saya mengarut ya.mahu tidur.besok Ainur ingin mengejutkan saya untuk bangun sahur.saya tidak tahu samaada saya mampu bangun atau tidak.erghh.marilah kita berpuasa.pose jangan lupe ganti.haha. Kbye.


p/s: saya buat entry mengarut ini kerana saya tidak mengantuk disebabkan banyak tidur petang tadi.tapi saya harus paksa mata ini tidur kerana memang kena tidur.nanti tak awet muda.wkwkwk.nantikanlah entry mengarut tak boleh tidur daripada saya lagi dikemudian hari.wuu.Gudnite.






Wednesday, June 6, 2012

#kahwin

Assalamualaikum :)

wahyou..dah lama i tak update belog.rindu leteuww.ummah.ahh sumpah gedik.blogger blogger yang dah lama tak update blog memang selalu buat macamni kan.trend gitu.i ikut trend u..ahahaha.cube tengok tittle.kahwin.kawen.walaupun ejaannye lain tapi bunyinya tetap sama. -..-

setiap minggu selama cuti dua bulan ni memang kerje saye nak attend kenduri kawen je la.erghh.kengkawan saye pon ramai dah kawen.jeles la weh.tak de pilot nak pinang aku ke.erghh.sorry tak boleh upload gambar kat sini. haremm.nanti terpikat sape yang susah ? ce cter.haha.Kbye. 

cube bayangkan umur dah 20 tahun.masih gadis.anak dara.anak dara okeh! apa yang akan korang terime semasa attend kenduri kenduri ni? yeah. mari tengok di bawah.

"amboi anak dara ni tak lama lagi la ni"
"Amboi cantiknya.ni mesti dah ada calon ni." (harap jangan muntah.wakaka)
"Dah besar dah anak hang ni Sal (mama sye).jadi nenek la hang lepas ni"
"eh. berape dah anak ni?" (sambil memandang aku)

adoi.yang last tak boleh blah.saye masih belajar lagi.tak kawen pon lagi.erghh.siapa tak tension bila soalan soalan ni menerjah telinga korang wahai anak gadis sekalian?. mungkin ade yang suka meloncat loncat.kadang kadang kalau ditanye bab berape anak tu aku duk layan je la. "baru sorang.tengah pantang ni mak cik". damn!rasa berdosa dia tu memang selalu ade sebab dah tipu hidup-hidup kan.muka muda remaja dikatanye ade anak.tragis ko tau tak perasaanye tu.(jangan gelak la!).marah pulakss.kihkih.

kalau dah kumpul ramai-ramai satu family tu lagilah.ade mak cik saya tu yang dah tempah suruh saya pakai baju masa bersanding nanti warna ape.tapi okay la jugak kan bersedia awal katenye.#erghhh.batang hidung calon pon tak nampak.dengan sape entah aku nak bersanding tu.cis.haha.

lagi tension bila orang duk tak percaye bila saya ni mengaku tak ada calon pon.serius kot.terase macam dah banyak dosa dah takkan nak tipu lagi.

"alah kau jangan nak tipu kitorang hidup-hidup.muka macam kau tak de pakwe?tipu.tipu"

saya pon tertanye-tanye kenape dengan muka saya ni ye sampai mereka berkata-kata sehingga begitu sekali.ingat hati dan perasaan ni mudah untuk dipaksa-paksa.walau sesikit mane pon yang datang.aicehh berfalsafah pulak.bukan saje saje nak reject.semua orang ada hati dan perasaan.kena jaga perasaan orang jugak.jenis saya , tak nak hilang kawan semate kerana lelaki yang kita sendiri pon tak tau apa pengakhiran antara dia dan kita.buang masa.

lagi satu duk fikir something yang mungkin tak akan terjadi.kalau orang tu  tak nak kat kite so boleh pergi je.saya tau sakit nak lupakan orang yang betul-betul kita sayang.yeah.saya pernah lalui semua tu.kadang-kadang dah banyak kali dah nak pergi.nak pergi tapi tak pergi pergi pon.kenape?sebab diri masih tidak ikhlas lagi menyayangi seseorang itu.walaupun mulut cakap chill okay.chill...tapi dalam hati siapa yang tahu.nak mengikhlaskan diri untuk seseorang tu bukan mudah.tapi percayalah jika kita tekad untuk ikhlaskan diri kita,kita tak akan sakit lagi.

hanya satu yang saya pegang sekarang :

"kalau ada jodoh sejauh mana pon kita lari , sekuat manapun kita menolak, suatu hari nanti pasti akan bertemu kembali"

Sila jalani kehidupan dengan kegembiraan.kesedihan itu hanya merugikan.kan dah keluar semua.gilalah saya duk cakap ape kat atas ni.haha.Okbye.

Saturday, May 26, 2012

majalah online

Assalamualaikum :)

nak share something ye. hari ni saya telah menjumpai majalah online. mata sangat bling bling apabila mendengar ianya gratis! dalam bahasa bertamadunnya PERCUMA.u know percuma.percuma. sape tak suka bende percuma kan.dapat kurangkan segala ongkosnya ya bapak bapak sakalian.ibu ibu juga ya. 


daya tarikan yang membuatkan saya tiba tiba bersemangat untuk terus membaca majalah ini. my Aaron Aziz uuu.haha.majalah yang boleh dibaca secara online ini telah bermula pada awal tahun ini iaitu Januay 2012.baru lagi.tetapi pengisiannya not bad. ada tentang fashion, tips kesihatan , gadget terbaru , tips percintaan dan macam-macam lagi.

lihat di sini ya ----->  [LINK]

saya sedang menunggu cerekarama malam ini pada pukul 10 malam.sebenarnya nak buat entry tentang negara idamanku iaitu Jepun.tapi tak taula ye kenapa tangan ni laju sahaja menaip tentang majalah online ni-..-.mungkin ianya adalah percuma juga ada Aaron Aziz. haha.


Wednesday, May 9, 2012

Dulu suka sangat main bende ni

 Assalamualaikum :)

Selamat pagi semua warga- warga. gue ngak tau ingin ngapain ya. macam endon murtad.tak reti cakap endon nak cakap endon.buruk sangat.-..- . pagi-pagi rasa macam nak ohsem kan diri pergilah on radio.lagu dia buat leleh air mata.aku bukak nasional fm.kerajaan sangat an.*rolling eyes*. On Era dengan Hot fm lama sangat iklan.kita ni sebagai pengguna on radio nak dengar lagu , ataupun mungkin nak dengar penyampai radio yang best macam Johara tu berceloteh bukan nak dengar iklan yang lama entah bila nak habis. last last aku bukak nasional fm. tak banyak iklan. lagu kat sana pun best. penyampai radionya pon tak banyak berceloteh yang bukan - bukan -00- . mak nenek dah membebel pagi-pagi. HAHA.

see I jumpa apa masa kemas-kemas tadi.

cube teka ape ni ? yeahh puzzle.  terbeliak mata nak  siapkan puzzle ni .


yeah 1000 pcs ye. bukan sepuluh mahupun seratus -oo-


ini khas kepada mereka yang suka melihat gambar melalui dimensi yang berbeza 


last-last aku giveup kan diri nak selesaikan puzzle yang 1000 pcs tu. yang ni sahaja aku mampu.
puzzle 70 pcs yang budak sekolah rendah pon boleh selesaikan. -..-


bahagianya mereka . . wuwu .
gambar ini bukan untuk menjealous kan sesiapa. tikus je pun. nak jealous jugak ke.

Dulu time sekolah rendah aku suka sangat main puzzle ni.sebab aku akan rasa diri sendiri hebat bila dapat susun puzzle ni.padahal susun puzzle yang 6 pcs je pon. haha . bangga diri melebih. 

lepastu yang paling aku ingat bila ada seorang kawan aku bawak puzzle yang jenis tolak-tolak pakai tangan tu.alaa. susah la nak terangkan. kalau nak tau aku jeles sebab aku tengok puzzle tu macam ohsem sangat.disebabkan rasa ingin memiliki yang tinggi dalam diri aku. aku pun telah mencari puzzle tolak-tolak guna tangan tu di beberapa buah kedai. sampai sekarang aku tak jumpa-jumpa lagi puzzle macamtu.

sampai sekarang walaupun umur aku dah 20 tahun pun kadang - kadang aku menjeling jugak dekat tempat mainan kanak-kanak semata-mata puzzle tolak-tolak guna tangan tu. haha . tercabar sebab tak jumpa cari sampai sekarang -..- 

ingin bantui gue. sila hubungi nombor gue jika temui itu puzzle tolak tolak gune tangan.tolongin gue dong  ..  kehkeh.


I miss the feeling of being happy

Assalamualaikum :)

Life without problems is like school without classes. You won't learn your lesson
Semua orang ada masalah masing-masing.kadang - kadang kita lihat seseorang itu selalu gembira dan kita sendiri speechless yang dia tu memang hidup happy je ke. tiada masalah. how jealous i am. acctually it's not about dia tak ada masalah.tapi it's about bagaimana cara seseorang itu pandai menyelesaikan masalah dengan cool sekali.tanpa pergaduhan.tanpa bermasam muka juga tanpa kekasaran.

aku nak jadi macamni.kadang-kadang bila 'masalah' datang aku rasa diri macam cepat melatah.cepat rasa down.tapi sehingga sekarang diri ni masih lagi speechless bila ada yang cakap aku ni seorang yang cool dan relax.semua benda aku dapat tangani dengan tenang.padahal aku dah cukup tension.muka aku ni memang muka tak de perasaan ye.tengah tension pon orang masih tak nampak lagi. -..-

bila bercakap soal jodoh aku akan terdiam.lagi hebat bila kakak saudara aku nak bertunang tahun ni.lagi deras semua nak ambik tau dan mengorek rahsia diri ini sebab lepas sahaja kakak aku tu semua akan tertumpu kepada aku. padahal ada lagi tiga orang lelaki atas saye . ehh.umur pon baru nak masuk 20 tahun. lama lagi la.

tak taula nak cakap apa lagi.hati ni dah macam tak ada perasaan. penat dah sakit hati.malas dah nak fikir bende bende yang tidak memberi apa-apa kebaikan buat masa ni.lagipun diri ni banyak lagi kelemahan.Aku harus perbaiki kelemahan-kelemahan tu.Dengan Allah pon dah semakin jauh.surat cinta Allah tu macam seminggu sekali sahaja dibaca. Astaqfirullahhalazim. betapa jahilnya hamba-Mu ini.

Janji Allah tu sangat tidak disangka.lihat sahaja Dena Bahrin.aku tersentuh bila membaca blog dia.Dia seorang yang solehah. memang patut dia mendapat seorang lelaki yang soleh dan berani.Perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya.kita menjerit-jerit mahukan lelaki yang soleh untuk menjadi 'bakal suami' tanpa kita sedari yang kita tidak sesolehah mana.

untuk mendapat yang terbaik kita juga harus menjadi yang terbaik
tidak semestinya seseorang yang kita sayang tu akan sayangkan kita kembali.harus menerima segala yang tersurat dengan hati yang terbuka dan ikhlas.jika kita ikhlas sayangkan seseorang kita hanya akan mendoakan yang terbaik buat dirinya walaupun kita tidak bersamanya.tetapi jika kita hanya menangisi segala keperitan yang telah diberi dan memberontak untuk dia kembali kepada kita , itu bukanlah sayang tetapi itu hanyalah perasaan ingin memiliki yang akan cepat 'hilang' atau lebih tepat lagi "temporary feelings".

That moment when your crying in your sujud, feeling like nothing else exists between you and Allah.

p/s : sedang cuba untuk menjadi Ain yg dahulu .yg tak mudah putus asa dan mngalah pada takdir -..- .give me kekuatan Ya Allah